Pages

Tuesday, September 2, 2014

Have Some Respect...

Assalamualaikum...

Entri kali ini adalah luahan hati dari aku.. Mengandung for 40 weeks.. Overdue few days before my bundle of joy greeted the world. BARU jadi mak selama 7 bulan 7 hari.. Alhamdulillah.. 

Before I continue, I would just clarify few things..
  • I am beyond grateful for Allah S.W.T. has given me a cute little boy.
  • I am deeply thankful to my mother who willingly sacrificed her time to come over and stay with me all this while to take care of my little boy.
  • I am grateful that my dad didn't really complain about being left alone at home. T_____T .. 
  • I am just grateful that I am still here and stronger to keep on living despite any obstacles that keep on coming. Bring it on!! 
So, here it goes.. Rojak ya entri ni.

Aku pegang satu je kadang. Jadi mak nie hati kena kering. 

Contoh.. Bila orang dtg dekat cakap nak dukung anak aku. This happened once when I was at Guardian, Jitra. I was contemplating but still I pass my lil boy to the staff, knowing that she won't be running out of the store. I pray hard my lil boy to cry in the stranger's arm but no.. He didn't. Alhamdulillah everything turned out fine. It happened again for the 2nd time when I was at Gold Coast Morib for my dept.'s family day. The staff asked politely to carry my lil boy and this time I managed to decline. Waktu tu rasa muka palsu sgt sbb bagi sebab pun mcm tak yakin. I should just say no firmly next time. 

My lil boy has started his solid food regime eating at 5.5 months. My mother suggested to make porridge for him. Mak aku macam pelik kalau kita buat 'puree' bagai ni. Aku terus pergi beli Little Bean food processor sebab nak kena blend bubur dan takut kalau mak aku bg makan bubur camtu je. Nasib la mak aku nie ok je ngan anak dia ni. 

Aku selalu dengar cerita pasal orang lain yg rajin bagi makan kat anak orang lain. Rajin itu bagus. Tapi pada aku, biarlah bertempat rajin tu. Habis sopan dah ni aku taip. Aku pernah la jugak nampak makcik sumbat makan kat anak org lain. Tapi aku bersangka baik dan anggap mak budak tu tak kisah. TAPI, aku semestinya tak mau anak yang disumbat makan tu anak aku. Biasanya bila org offer nak bagi anak aku makan, aku segan silu ckp tak per.. atau.. aku diam saja buat2 tak dgr. Selalunya aku buat tak dgr lah. Sebab aku bukan pandai pun. Kang dia jawab balik anak dia dah berapa dia bg makan hidup je, dah aku tak tau nak jawab aper. 

Biasa bila aku dengan husband aku, aku mmg abih sopan la jawab. Satg malu pulak laki aku dgr bini dia jawab. Sebab bila dia pulak x puas hati, nnt dia bisik je kat aku dgn harapan aku la yg tegur. Nak nampak tak elok, aku jugak. Kalau ngan mak aku pun sama.. Satg kang ada ckp mak aku tak pandai ajar anak dia pulak. Realiti kan? Ayah aku? Ayah aku rilek je. Dia tau anak dia camna. Satg dia tolong back up baik punya. 

Prinsip aku senang je. Ko nak bagi burger kat anak ko yg umur 7 bulan pun aku TAK KISAH.. Anak orang lain, baik ko tanya dulu mak dia. Macam aku cakap td..Rajin tu biarlah bertempat. Takkanlah orang sibuk jual dadah, engkau pun nak rajin tolong org tu jual dadah.. Ader kaitan? Takder abaikan. 

Aku rasa habis baik dah aku taip entri nie. Kalau ada yang terasa, aku pun tak tau lah. Pandai2 lah bawa diri. Dulu rasa macam keji sgt bila over protective ke over paranoid ke towards my lil boy. Aku punya rasa bersalah sebab tak pandai teran - kena pakai vakum sampai skang kot.. kuar2 kepala panjang. Tu pun rasa mcm aper tah. Lps tu bila baca kisah org lain yang anak dia meninggal sebab sakit etc, aku terus pikir.. Aku pun tak tau berapa lama Allah S.W.T nak bagi pinjam Umar kat aku. So, I just don't care. I do what I want to do. Itu je lah harta aku. 

Mohon faham. Faham sikit pun jadi. Sebab aku rasa husband aku pun bukan faham sgt. 





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails