Pages

Sunday, May 16, 2010

Teacher's Day

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu sama ada yang pernah mengajar saya atau tidak..

Terima kasih kepada :

Cikgu di tadika Jack N Jill (dah tutup pun tadika ni).. Pernah naik satu keta ramai2 (time nie cikgu nak kena hantar balik pasal van xda kot), lalu dpn balai polis sembunyi takut polis tahan sebab penuh keta.. dulu kecik boleh la sorok bawah. Main plastesin, buaian (hayun laju2 then terjun!).. Yer tadika nie best sebab ada taman yang sangat lah luas.

Buat makcik (jiran sebelah rumah) dan makcik pakcik kat Lorong 55, Taman Ria yang mengajar sy ngaji Al-Quran .. Alhamdulillah abih gak waktu darjah 6.

Kepada cikgu-cikgu di SKSP, Jalan Sekerat (tension dulu org duk pelekeh nama jalan nie). Tak faham manusia ortodoks nie. Waktu kat sekolah nie ayah jadik Naib YDP PIBG kot.. Bangga ja.. cikgu2 kenal sy.. haha.. Adik-adik pun selamat masuk sekolah rendah yang sama. Cikgu2 pun mula la duk bandingkan kakak ngan adik2 lelaki nyer. Harus ler kakak dier paling menyerlah sebab banyak ckp. Yer.. mak sy selalu dengar komen ini dari cikgu2. Sian mak sy.

Buat cikgu yang yg mengajar sy sepanjang berada di SAINA (98-02). Teacher Amani yang sentiasa menjad favourite. Cikgu Murni yang bawa kami pi rombongan. Cikgu Pajuzi yang sgt la handsome. *drool.. bila dia kawin frust ja semua. Cikgu Shidah yg gigih ngajar sy yg bengap Geografi (dpt gak A). Cikgu Sakinah yg suka cubit org (sakit wooo.. gelak pun boleh thn. Kalah Maya Karin). Cikgu Azli yang sgt besh!!!! Cikgu Maznah mmg terbaik la.. Ingat smpi skang kata2 hikmah dia .. "Kamu semua, selagi yang dlm2 tue mak bapak kamu yg belikan jgn harap la nak bercinta!!".. (well.. biasa la kan). Alamak x dpt recall nama cikgu nie .. ajar math mod dulu. Sangat best. Dia dtg ja mesti tgk dia buat reverse parking. Superb. Sekali masuk ja. OOO... Cikgu Zali. Sgt comel! Cikgu Zul yg mmg sgt terbaik!! Tip top bab sejarah. Suara dia aduyai.. Takut dgr. Dah tue sebut sebijik-bijik. Jelas! Kalau kena jerkah cmner la rasa. Cikgu Sopi yg sentiasa romantika dengan Teacher Amani (wife dier yer). Ang sensei, Shima sensei & Yuka sensei. Dpt la jugak sy ckp Jepun walaupun pada hakikat tahap budak2 kt Jepun belum masuk tadika jer kot. Dan pada semua lah yer.. Tak tersebut.

Kepada tenaga pengajar di KMPP. Terima kasih yer. Ingat sorg lecturer nie.. Sgt otai. Dalam kelas pernah ada dgr bunyi hp, trus dia ckp "Org lain pun ada handphone jugak".

Buat pensyarah2 di UKM especially Sains Bahan, Fakulti Sains.. Terima kasih.. Sy grad jugak. Alhamdulillah..

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang bergelar guru.

Kepada cikgu Radzi, di pusat tusyen yang pernah mengajar saya dari gagal Matematik Tambahan sehinggalah dapat A (walaupun SPM tidak berjaya mendapat A). Sedey.



p/s - Teringat lagu 'Kami Guru Malaysia'.. Selalu excited ja nak tgk cikgu2 nyanyi lagu nie.. Terserlah bakat masing2 waktu tue..

2 comments:

crystalzerosix said...

nice entry My...jasa guru amat beharga dan akan dikenang selamanya...

...nak naik bkt broga ke?slalu duk dgr tempat tu scenery cantik2,jgn lupa shoot pic byk2 ek :)

MY said...

thanks..

a'a.. mmg teringin.. tapi memikirkan stamina yang x seberapa nie aduyai.. InsyaAllah akan diusahakn.. tambah pulak kul 3.30 dah naik.. last2 member tanya subuh kat atas tue ke.. huhu.. baru t'pk. nnt akan tanya org yang dah pernah g.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails